X
RONALDINHO ketika dilepaskan dari penjara tahun lalu. FOTO AFP
RONALDINHO ketika dilepaskan dari penjara tahun lalu. FOTO AFP
Agensi

Sao Paulo: Bekas bintang Barcelona dan AC Milan, Ronaldinho diberi amaran bahawa dia boleh meringkuk di penjara sekali lagi selepas berdepan pertikaian pembayaran nafkah dengan bekas teman wanitanya.

Laporan di Brazil menyatakan bekas bintang berusia 41 tahun itu diarah menyelesaikan hutangnya dengan Priscilla Coelho sehingga 1 Disember ini untuk mengelak asetnya dirampas dan kemungkinan dipenjarakan.

Peguam Priscilla, Bruno Medrado memberitahu akhbar Brazil, Extra: "Sekarang ini dia perlu membayarnya."

Difahamkan Ronaldinho sudah menerima tuntutan saman daripada mahkamah bagi mengingatkannya mengenai tarikh akhir pembayaran nafkah pada 11 November lalu selepas beberapa percubaan menjejakinya gagal.

Bekas legenda bola sepak itu ditangkap dan dipenjarakan di Paraguay tahun lalu selepas terbang ke negara itu dengan menggunakan pasport palsu.

Pada Mei 2018, Ronaldinho terpaksa menafikan dakwaan dia berkahwin dengan Priscilla dan seorang lagi wanita, bernama Beatriz Sousa, pada masa yang sama.

Setahun kemudian, Priscilla terus menjalinkan hubungan dengan Ronaldinho dan menuntut wang daripadanya.

Difahamkan dia menerima nafkah sekitar £13,500 (RM75,800) sebulan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 November 2021 @ 11:14 PM