PENYERANG Bayern, Lewandowski. -FOTO AFP
PENYERANG Bayern, Lewandowski. -FOTO AFP
AFP

Munich: Robert Lewandowski meraihkan penampilan ke-100 Liga Juara-Juara dengan kejayaan mencipta hatrik ketika Bayern Munich menempah tiket ke pusingan 16 terbaik selepas menang 5-2 ke atas Benfica.

Lewandowski, Serge Gnabry dan Leroy Sane masing-masing menjadi senarai penjaring buat Bayern di Allianz Arena manakala Morato dan Darwin Nunez menjaringkan gol untuk pelawat.

Lewandowski kini mencatat 81 gol dalam Liga Juara-Juara dan 100 penampilan sejak kali pertama bermain bersama bekas kelabnya, Dortmund sedekad lalu.

"Saya tidak pernah berfikir akan melalui begitu banyak perlawanan dengan begitu banyak gol," kata Lewandowski.

"Pada 20 minit awal saya sukar mendapatkan bola, ia amat sukar buat penyerang untuk bersabar.

"Selepas gol pertama, ia menjadi lebih mudah."

Kemenangan keempat berturut-turut Bayern di Eropah memastikan mereka layak ke kelompok 16 terakhir berbaki dua perlawanan dalam tangan.

Mereka memiliki kelebihan enam mata di persada Kumpulan E.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 November 2021 @ 10:06 AM