Pertahanan Aston Villa, Ashley Young (kanan) mencabar pemain West Ham, Aaron Cresswell pada aksi Liga Perdana. FOTO AFP
Pertahanan Aston Villa, Ashley Young (kanan) mencabar pemain West Ham, Aaron Cresswell pada aksi Liga Perdana. FOTO AFP
AFP

Birmingham, United Kingdom: West Ham mengukuhkan kedudukan dalam kelompok empat teratas liga apabila menang 4-1 ke atas Aston Villa yang menamatkan aksi dengan 10 pemain, pagi ini.

Ben Johnson menjaringkan gol awal buat pelawat sebelum Ollie Watkins menyamakan kedudukan tetapi skuad Hammers berjaya mendahului sebelum rehat separuh masa menerusi Declan Rice.

Usaha Villa untuk bangkit di babak kedua semakin sukar apabila pertahanannya Ezri Konsa dilayangkan kad merah kerana menghalang peluang menjaringkan gol.

Pemain West Ham meraikan kejayaan menewaskan Aston Villa. FOTO AFP
Pemain West Ham meraikan kejayaan menewaskan Aston Villa. FOTO AFP

Gol lewat dari Pablo Fornals dan Jarrod Bowen memastikan tiga mata buat skuad kendalian David Moyes dan kekalahan kali keempat berturut-turut buat Villa dalam saingan Liga Perdana.

Kemenangan membolehkan West Ham memungut 20 mata selepas 10 perlawanan - sama mata dengan pasukan di tangga ketiga Manchester City.

"Ia adalah minggu yang hebat," kata Moyes kepada Sky Sports selepas kemenangan kelima berturut-turut pasukannya di tempat lawan dalam semua pertandingan.

"Namun anda tahu apa yang berlaku dalam bola sepak. Ia akan mengubah kembali dan mencengkam anda kembali.

"Kami mempunyai perlawanan lain pada Khamis. Saya tidak mahu West Ham menjadi pasukan yang tidak konsisten kerana ramai dikalangan mereka yang memberi ingatan kepada saya mengenainya."

Terdahulu dalam satu lagi aksi Liga Perdana, Leeds menewaskan Norwich 2-1 untuk kemenangan kedua mereka dalam aksi liga musim ini sekali gus mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.

Penyerang Leeds Raphina membuka jaringan pada minit ke-56 tetapi Andrew Omobamidele menanduk masuk gol penyamaan dua minit kemudian.

Namun Leeds kembali di depan pada minit ke-60 hasil rembatan leret Rodrigo yang menewaskan Tim Krul. Kemenangan itu melonjak Leeds ke tangga ke-17 liga, tiga mata di atas zon penyingkiran.

Norwich yang belum merakam kemenangan musim ini, kekal di tangga tercorot dan lapan mata di bawah garis penyingkiran.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 November 2021 @ 7:30 AM