Penyerang Real Madrid, Karim Benzema (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya. FOTO EPA
Penyerang Real Madrid, Karim Benzema (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya. FOTO EPA
AFP

Madrid: Real Madrid kembali ke Santiago Bernabeu selepas 560 hari dan Karim Benzema memastikan kegembiraan beraksi di laman sendiri ketika jaringan hatrik penyerang itu memberi inspirasi kemenangan 5-2 ke atas Celta Vigo, pagi ini.

Dua jaringan Benzema memastikan Madrid menyamakan kedudukan selepas Santi Mina dan Franco Cervi masing-masing meledak untuk Celta mendahului, jaringan yang mendapat sorakan gemuruh di Bernabeu di mana 19,874 peminat hadir buat pertama kali dalam tempoh setahun setengah.

Benzema memastikan pasukannya berada di landasan terbaik pada separuh masa kedua, penyudah Vinicius Junior memastikan tuan rumah di depan sebelum Eduardo Camavinga melakar sejarah dalam kemunculan pertama selepas berjaya menolak bola di depan gawang yang terbuka.

Benzema melengkapkan hatrik selepas menyempurnakan penalti pada minit ke-87 untuk gol kelima dan dua bantuan jaringan daripada empat perlawanan awalnya musim ini.

"Pasukan ini mempunyai banyak kualiti secara dasarnya, itu adalah pasti," kata jurulatih Carlo Ancelotti.

"Apa yang tidak begitu jelas adalah penyusunan pertahanan, di mana ia perlu peningkatan."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 September 2021 @ 7:20 AM