SAUL Niguez. FOTO Agensi
SAUL Niguez. FOTO Agensi
AFP

London: Chelsea berjaya mengikat pemain tengah Atletico Madrid, Saul Niguez dalam perjanjian jangka panjang sekali gus mengukuhkan lagi barisan pilihan Tuchel.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu menjadi pemain utama untuk skuad Diego Simeone di Atletico, namun prestasinya mula tidak menentu ketika Los Rojiblancos memenangi La Liga.

"Kami sudah selesai menandatangani Saul Niguez dari Atletico Madrid untuk pinjaman sepanjang musim dengan pilihan untuk perpindahan tetap pada penghujung musim," kata Chelsea dalam satu kenyataan.

Pemain berusia 26 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona ketika jendela perpindahan di buka dalam usaha untuk membawa Antoine Griezmann ke Atletico.

Namun Griezmann dilaporkan akan dipinjamkan ke Wanda Metropolitano dengan Saul dibenarkan meninggalkan kelab itu untuk ke London.

"Saya sangat teruja untuk memulakan cabaran baru bersama Chelsea," kata Saul.

"Saya peminat Blues. Saya adalah salah seorang dari anda sekarang dan saya tidak sabar untuk menyarung jersi itu, memulakan latihan dan bersama anda semua."

Saul menjaringkan 43 gol dalam 340 penampilan bersama Atletico termasuk menewaskan skuad Pep Guardiola ketika mengendalikan Bayern Munich pada pusingan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara pada 2016 ketika anak buat Simeone mara ke final untuk kali keduanya dalam tempoh dua tahun.

"Kami mengalu-alukan Saul ke kelab dan percaya dia mampu melengkapkan skuad ketika kami sedang berusaha menghadapi lima pertandingan musim ini," kata Pengarah Chelsea Marina Granovskaia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 September 2021 @ 12:41 PM