DEMIRAL (kiri) bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Romero di Atalanta. FOTO AFP
DEMIRAL (kiri) bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Romero di Atalanta. FOTO AFP
AFP

Rom: Merih Demiral menyertai Atalanta dari Juventus secara pinjaman, dengan pertahanan Turki itu dijangka hadir bagi mengisi ketiadaan Cristiano Romero yang menyertai Tottenham.

Atalanta tidak menggariskan perincian perjanjian yang membawa Demiral ke Bergamo, tetapi laporan media Itali mengatakan pemain berusia 23 tahun itu mencapai perjanjian pinjaman satu tahun bernilai €2.5 juta (RM12.4 juta).

Juventus semalam mengumumkan Atalanta menerima pilihan untuk mendapatkan Romero secara sah dengan nilai €16 juta (RM79.4 juta).

Ini bermakna Atalanta akan menyelesaikan penjualan Romero, yang baru-baru ini memenangi Copa America bersama Argentina, kepada Spurs dengan nilai €50 juta (RM248 juta).

Romero beraksi sebanyak 42 kali dalam semua kejohanan ketika dipinjamkan kepada Atalanta musim lalu, dengan membantu kelab berkenaan menduduki tempat ketiga Serie A dan mara ke pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara.

Pasukan bimbingan Gian Piero Gasperini akan memulakan musim baru Serie A pada 21 Ogos dengan berdepan Torino di tempat lawan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Ogos 2021 @ 9:30 AM