AKSI  Stina  (dua dari kanan) meledak gol kedua Sweden. FOTO AFP
AKSI Stina (dua dari kanan) meledak gol kedua Sweden. FOTO AFP
AFP

Tokyo: Pasukan pilihan, Amerika Syarikat (AS) berdepan kekalahan memalukan dalam misi meraih pingat emas kelima acara bola sepak wanita Sukan Olimpik selepas tewas kepada Sweden 3-0 hari ini manakala Great Britain bermula langkah kanan dengan menewaskan Chile.

AS memenangi empat daripada enam gelaran Olimpik sejak bola sepak wanita diperkenalkan pada 1996 tetapi ditewaskan pasukan sama yang menyingkirkan mereka menerusi penentuan penalti pada suku akhir di Rio.

Stina Blackstenius meledak dua gol sebelum pemain gantian Lina Hurtig menambah gol ketiga buat pemenang pingat perak 2016 itu dalam aksi yang berlangsung tanpa penonton di Stadium Tokyo sekatan Covid-19.

Kekalahan itu menamatkan rekod 44 perlawanan tanpa kalah AS sejak awal 2019. Ia juga kekalahan kedua mereka dalam tempoh 90 minit di Olimpik.

"Mereka (Sweden) salah satu pasukan terbaik dunia,'' kata penyerang AS, Megan Rapinoe. "Kami tak boleh membiarkan kekalahan ini terus berlegar di fikiran. Kami ada perlawanan tiga hari lagi.''

Di Sapporo, Britain memenangi aksi pembukaan Kumpulan E menerusi dua jaringan Ellen White. Skuad Hege Riise dalam misi muncul pasukan pertama British memenangi pingat bola sepak Olimpik.

Bintang Brazil Marta turut meledak dua gol ketika membelasah China 5-0 dalam saingan Kumpulan F.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Julai 2021 @ 9:47 PM