MURAL lukisan Rashford di kampung halamannya di Withington dirosakkan penyokong tidak bertanggungjawab. FOTO Agensi
MURAL lukisan Rashford di kampung halamannya di Withington dirosakkan penyokong tidak bertanggungjawab. FOTO Agensi
Agensi

London: Penyerang England dan Manchester United, Marcus Rashford memohon maaf atas kegagalannya menyempurnakan penalti bagaimanapun berkata dia 'saya tidak akan pernah meminta maaf untuk siapakah diri saya' selepas dia antara satu daripada tiga pemain yang diserang kata-kata perkauman selepas kekalahan England di final Euro 2020 kepada Itali.

Rashford, bersama Jadon Sancho dan Bukayo Saka gagal menyempurnakan penalti.

Ketiga-tiga mereka menjadi mangsa kecaman di media sosial selepas perlawanan.

"Saya berasa seolah-olah mengecewakan semua orang," kata Rashford.

Pemain berusia 23 tahun itu menambah: "Saya boleh mengecam prestasi saya sepanjang hari, penalti saya tidak cukup bagus, ia sepatutnya masuk tapi saya tidak akan pernah meminta maaf siapakah diri saya dan dari mana saya berasal.

"Tiada yang lebih hebat daripada memakai jersi tiga singa di dada dan melihat keluarga berada di kalangan penyokong memberi sokongan.

Mural lukisan Rashford di kampung halamannya di Withington dicacatkan selepas dia gagal menyempurnakan penalti sebelum ia ramai yang tampil memberi sokongan.

Terdahulu bos Gareth Southgate berkata, mereka yang mengeluarkan kata-kata perkauman tidak boleh dimaafkan.

Polis Metropolitan kini sedang menjalankan siasatan terhadap kesalahan itu dan mengatakan ia tidak boleh ditoleransi.

"Saya tidak tahu harus bermula dari mana dan saya juga tidak tahu bagaimana cara saya untuk meluahkan kata-kata menggambarkan perasaan saya pada masa ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Julai 2021 @ 1:08 PM