THIAGO Motta pernah meraih pengalaman pendek melatih Genoa pada 2019. FOTO Agensi
THIAGO Motta pernah meraih pengalaman pendek melatih Genoa pada 2019. FOTO Agensi
AFP

Rom: Bekas pemain antarabangsa Itali, Thiago Motta diperkenalkan sebagai jurulatih baru kelab Serie A, Spezia Calcio.

Jurulatih kelahiran Brazil berusia 38 tahun itu kembali ke bidang kejurulatihan selepas melalui pengalaman singkat di Genoa pada 2019, sebelum dipecat dua bulan kemudian.

Bekas pemain tengah Barcelona, Inter Milan dan Paris Saint Germain itu, yang memenangi pelbagai trofi sepanjang kariernya, menggantikan Vincenzo Italiano selepas jurulatih itu berhijrah ke Fiorentina.

Spezia menamatkan saingan di tempat ke-15, dalam penampilan pertama mereka beraksi di saingan elit di Itali.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Julai 2021 @ 5:54 AM