SPEZIA terpaksa menunggu lama untuk beraksi di Serie A. FOTO Agensi
SPEZIA terpaksa menunggu lama untuk beraksi di Serie A. FOTO Agensi
AFP

KELAB Itali, Spezia berjaya menempah tempat beraksi di Serie A buat kali pertama selepas 114 tahun menunggu apabila berjaya memenangi aksi playoff yang diadakan secara tertutup tapi ribuan penyokong mereka berkumpul di luar stadium.

Pasukan yang dikenali sebagai 'Eagles' berasal dari bandar tepi laut di La Spezia di Liguria, bahagian tenggara Genoa.

Serie A sekarang ini bakal menampilkan tiga kelab dari Liguria, Spezia, Sampdoria dan Genoa.

"Tahniah Spezia, anda mencipta sejarah, sekarang nikmati keseronokan. Jumpa anda nanti," jelas jurulatih Sampdoria, Cludio Ranieri di Twitter.

Walaupun tumpas 1-0 pada aksi kedua di tempat sendiri ketika berdepan Frosinone dan menyaksikan kedudukan agregat terikat 1-1, Spezia layak ke Serie A berdasarkan kedudukan lebih baik berbanding lawan di Serie B.

Mereka menamatkan saingan liga di tangga ketiga, manakala Frosinone yang dilatih pemain antarabangsa Itali, Alessandro Nesta di kedudukan kelapan.

Spezia akan menyertai Benevento dan Crotone ke saingan utama, manakala Leece, Brescia dan SPAL tersingkir ke Serie B menjelang musim baru yang bermula 19 September depan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Ogos 2020 @ 9:36 PM