AKSI Uribe (tengah) pada perlawanan hari ini. FOTO EPA
AKSI Uribe (tengah) pada perlawanan hari ini. FOTO EPA
AFP

Rio de Janeiro: Venezuela berjaya menyekat tekanan Colombia untuk meraih mata pertama di Copa America selepas kedua-dua pasukan seri 0-0 di Goiania, hari ini.

Penjaga gol Venezuela, Wuilker Farinez menafikan lima cubaan tepat Colombia terutama di hujung perlawanan dengan jaringan Miguel Borja dibatalkan kerana ofsaid.

Colombia juga menamatkan perlawanan itu dengan 10 pemain selepas Luiz Diaz dibuang padang ketika masa kecederaan.

Sebelum itu, pemain Venezuela, Jose Martinez dilayangkan kad kuning kerana mengasari pemain Colombia, Mateus Uribe yang turut dikenakan hukuman sama kerana melakukan bantahan.

Colombia menamatkan aksi itu dengan melakukan 23 cubaan namun Venezuela tampak lebih lega kerana akhirnya memperoleh mata yang dimahukan.

Venezuela masih terkesan dengan penularan Covid-19 dalam pasukan itu yang terpaksa menggugurkan lapan pemain ketika tewas 0-3 kepada tuan rumah, Brazil, Isnin lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Jun 2021 @ 8:47 AM