PEMAIN pertahanan Sepanyol, Diego Llorente pada sidang media di Las Rozas, Madrid, hari ini. FOTO AFP
PEMAIN pertahanan Sepanyol, Diego Llorente pada sidang media di Las Rozas, Madrid, hari ini. FOTO AFP
AFP

Madrid: Pemain pertahanan Sepanyol, Diego Llorente percaya kekecohan akibat ancaman wabak Covid-19 terhadap pasukan itu menyebabkan pemain semakin rapat dan bersatu menjelang perlawanan pembukaan Euro 2020 menentang Sweden, Isnin ini.

Llorente diuji positif virus berkenaan pada Selasa lalu, tetapi dibenarkan menyertai semula pasukan selepas empat keputusan negatif berturut-turut, Jumaat lalu.

Sergio Busquets masih menjalani kuarantin kendiri di rumah selepas didapati positif hujung minggu lalu, yang bermakna pemain pasukan itu terpaksa berlatih sendirian minggu itu dan tidak turun pada perlawanan pemanas badan terakhir menentang Lithuania.

"Kami semua di sini nampak gelas separuh penuh, bukan separuh kosong," kata Llorente pada sidang media hari ini.

"Semua ini menyebabkan kami semakin kuat sebagai satu kumpulan. Kami nampak sinar di hujung terowong ketika ini. Malah, daripada segi mental, perkara begini akan membantu kami percaya kepada rakan sepasukan dan menghadapi perlawanan.

"Jika kami bergerak ke arah sama, semuanya akan berjalan dengan baik dan ini adalah mesej yang kami percayai."

Selepas tiga hari berturut-turut tanpa pemain diuji positif, pemain Sepanyol dibenarkan berlatih bersama-sama hari ini yang juga kali pertama pada minggu ini.

Pemain turut merakamkan penghargaan kepada 17 pemain simpanan dalam gelembung latihan yang ditubuhkan untuk menjadi pengganti dalam kes kecemasan dan meraikan mereka ketika keluar padang.

"Kami harus memberi penghormatan dan berterima kasih kepada semua atas usaha itu," kata Llorente.

The whole squad was vaccinated by the Spanish army on Friday.

Spain start on Monday against Sweden in Group E, which also includes Poland and Slovakia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Jun 2021 @ 9:20 PM