LLORENTE (dua dari kiri) jaring gol sulung ketika Spurs menewaskan APOEL. -Foto AFP
LLORENTE (dua dari kiri) jaring gol sulung ketika Spurs menewaskan APOEL. -Foto AFP
Reuters

LONDON: Fernando Llorente menjaringkan gol sulungnya buat Tottenham Hotspur apabila kelab itu melengkapkan saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara penuh bergaya dengan menewaskan APOEL Nicosia 3-0, sebentar tadi.

Tottenham yang sudah menjamin kedudukan teratas Kumpulan H di depan Real dan Borussia Dortmund menamatkan saingan kumpulan dengan 16 mata hasil lima kemenangan dalam enam perlawanan.

APOEL pula mengakhiri kempen peringkat kumpulan di tangga tercorot dengan hanya dua mata.

Llorente yang menyertai Spurs dari Swansea City pada musim panas lalu meledak gol pertamanya buat kelab itu pada minit ke-20.

Spurs yang membuat lapan pertukaran daripada kesebelasan utama yang beraksi menentang Watford, Sabtu lalu meraih gol kedua pada minit ke-37 hasil jaringan Son Heung Min sebelum Georges-Kevin N’Koudou meledak gol ketiga 10 minit sebelum tamat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Disember 2017 @ 10:25 AM