ALABA sah sebagai pemain baru Real sehari selepas Zidane meninggalkan kelab berkenaan. FOTO AFP
ALABA sah sebagai pemain baru Real sehari selepas Zidane meninggalkan kelab berkenaan. FOTO AFP
AFP

Madrid: Pertahanan Austria, David Alaba akan menyertai Real Madrid dengan kontrak lima tahun selepas meninggalkan Bayern Munich.

Pengumuman menandatangani pemain berusia 28 tahun itu, yang turut dikaitkan dengan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) hadir sehari selepas Zinedine Zidane meletak jawatan sebagai jurulatih Real.

"Real Madrid mencapai persetujuan dengan David Alaba, yang akan bersama pasukan untuk tempoh lima musim," kata Madrid dalam satu kenyataan.

Alaba akan diperkenalkan sebagai pemain Real selepas saingan Euro 2020, jelas kenyataan berkenaan.

Pemain antarabangsa Austria itu berjaya memberikan mencatatkan kejayaan gemilang di Bayern, selepas meraih dua trofi Liga Juara-Juara dan 10 kejuaraan liga selain beberapa lagi pencapaian lain.

Alaba berkata Februri lalu dia akan meninggalkan Bayern apabila kontraknya tamat hujung musim ini selepas 13 tahun bersama kelab Jerman itu.

Alaba dan Bayern ada berbincang mengenai kontrak baru namun kelab berkenaan berkata pada November 2020 bahawa perbincangan itu terhenti.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Mei 2021 @ 9:48 AM