IBRAHIMOVIC melanggar peraturan UEFA iaitu terbabit dengan syarikat pertaruhan. FOTO AFP
IBRAHIMOVIC melanggar peraturan UEFA iaitu terbabit dengan syarikat pertaruhan. FOTO AFP
AFP

Lausanne: Bintang Sweden, Zlatan Ibrahimovic didenda sebanyak €50,000 (RM252,000) oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) kerana terbabit dengan syarikat pertaruhan.

Presiden badan rayuan UEFA turut mengarahkan pemain berusia 39 tahun itu menarik diri daripada sebarang kaitan dengan laman sesawang perjudian itu.

Perbuatannya dianggap melanggar peraturan UEFA berkaitan integriti perlawanan dan pertandingan.

AC Milan turut didenda sebanyak €25,000 (RM126,000) kerana pemain mereka terbabit dengan syarikat pertaruhan.

Bulan lalu, akhbar Sweden, Aftonbladet mendakwa Ibrahimovic sudah melakukan pelaburan di laman sesawang Bethard yang berpangkalan di Malta.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Mei 2021 @ 11:32 AM