MARQUINHOS tidak berada di rumah ketika kejadian kerana turun beraksi menentang Nantes. FOTO AFP
MARQUINHOS tidak berada di rumah ketika kejadian kerana turun beraksi menentang Nantes. FOTO AFP
AFP

Versailles: Empat suspek diberkas untuk siasatan kejadian pecah masuk rumah pertahanan Paris Saint Germain (PSG), Marquinhos Mac lalu.

Keempat-empat suspek yang ditahan itu berusia 17, 20, 28 dan 29 tahun dan mereka ditangkap di Paris serta sekitar bandar berdekatan.

Kejadian berkenaan berlaku pada 14 Mac, ketika PSG tumpas kepada Nantes di Parc des Princes dalam saingan Ligue 1.

Kumpulan berkenaan memecah masuk rumah ketua pasukan PSG itu di Yvelines, bahagian barat Paris, dan ketika itu ahli keluarga Marquinhos berada di rumah.

Berlaku pergelutan dan tindakan ganas apabila bapa pemain Brazil itu, dipukul di bahagian tulang rusuk namun tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Penjenayah berkenaan mengambil wang tunai bernilai €1,500 (RM7,560) dan beberapa beg berjenama.

"Tidak ada yang cedera dan semua orang selamat. Saya lebih risaukan keselamatan mereka," kata Marquinhos di Instagram selepas insiden berkenaan.

Ketika itu juga, penjenayah berkenaan memecah masuk rumah seorang lagi bintang PSG, Angel Di Maria di Neuilly dan membawa lari barangan kemas serta jam tangan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Mei 2021 @ 9:19 PM