FIRMINO meraikan jaringannya ketika bertemu Bolivia. FOTO AFP
FIRMINO meraikan jaringannya ketika bertemu Bolivia. FOTO AFP
AFP

Sao Paulo: Penyerang Liverpool, Roberto Firmino menjaringkan dua gol ketika membantu Brazil mencatatkan kemenangan 5-0 ke atas Bolivia pada aksi pembukaan kempen kelayakan Piala Dunia 2020, hari ini.

Perancang Barcelona, Philippe Coutinho dan pertahanan Paris Saint-Germain (PSG), Marquinhos turut meledak gol manakala pemain bintang, Neymar menjadi arkitek kepada dua gol sekali gus menyaksikan Brazil menduduki tangga teratas kempen kelayakan Amerika Selatan.

Berlangsung di Corinthians Arena tanpa kehadiran penonton akibat pandemik Covid-19, Bolivia tidak menunjukkan semangat melawan dan Brazil mengungguli perlawanan.

Neymar pula disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas pulih daripada kecederaan belakang.

Marquinhos memecah kebuntuan minit ke-16 selepas menanduk masuk bola sebelum Firmino menambah gol kedua minit ke-30.

Brazil terus menguasai perlawanan pada separuh masa kedua dan Firmino menambah gol ketiga minit ke-30 selepas menerima hantaran cantik daripada Neymar.

Malang terus menimpa Bolivia minit ke-66 selepas bola hantaran silang Coutinho terkena dada Jose Carrasco yang kemudian masuk ke gawang sendiri.

Coutinho akhirnya menjaringkan gol kelima Brazil berpunca daripada hantaran Neymar minit ke-73.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Oktober 2020 @ 11:51 AM