THIAGO (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
THIAGO (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
AFP

Liverpool: Liverpool terus menghidupkan peluang untuk menamatkan saingan Liga Perdana di kelompok empat terbaik selepas Sadio Mane dan Thiago Alcantara membantu melakar kemenangan 2-0 ke atas Southampton, hari ini.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp naik di tangga keenam mengatasi Tottenham selepas Mane menanduk masuk gol pertama dan Thiago menambah gol kedua pada lewat permainan di Anfield.

Kemenangan pertama Liverpool sepanjang empat perlawanan di semua pertandingan menyaksikan mereka ketinggalan enam mata di belakang pasukan tangga keempat, Leicester dalam perebutan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Ia hanyalah kemenangan kedua mereka di Anfield sepanjang 11 perlawanan.

"Kami menjaringkan gol pertama yang menarik tetapi pemain tidak menamatkan perlawanan lebih awal.

"Kami perlu terus beraksi dan menjaringkan gol kedua. Apapun ia satu kelegaan dapat memenangi perlawanan ini.

"Apa yang saya tahu untuk memenangi perlawanan ini adalah sentiasa bekerja keras dan itulah yang kami lakukan. Kami berjaya meraih tiga mata dan ia amat bagus," kata Klopp.

Liverpool akan berkunjung ke pasukan tangga kedua, Manchester United pada Sabtu depan untuk pertemuan penting dalam usaha mereka mengejar Leicester.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Mei 2021 @ 7:37 AM