JOTA (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO EPA
JOTA (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO EPA
AFP

London: Liverpool membelasah Southampton 4-0 awal pagi tadi untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu Liga Perdana, Chelsea.

Diogo Jota menjaringkan dua gol pertama untuk skuad bimbingan Jurgen Klopp pada aksi yang berlangsung di Anfield.

Kemenangan kali ketiga berturut-turut Liverpool di semua pertandingan sejak tewas di West Ham menyaksikan mereka menduduki tangga kedua liga.

The Reds hanya ketinggalan satu mata di belakang Chelsea yang akan menanti kunjungan Manchester United, hari ini.

"Sebelum ini kami tewas di West Ham. Kami bukan saja tewas di West Ham tetapi seri dua perlawanan sebelum itu.

"Tiba-tiba kami berada dalam situasi buruk. Sekarang kami nampak lebih baik," kata Klopp.

"Apa yang berlaku kepada pasukan ini sejak beberapa tahun lalu sangat istimewa dan kerana pemikiran dan mentaliti pemain sangat luar biasa."

Liverpool memerlukan hanya dua minit untuk di depan selepas Jota menyempurnakan hantaran cantik Andrew Robertson.

Jota menambah gol kedua minit ke-32 menerusi penyudah mudah selepas menerima hantaran daripada Mohamed Salah sekali gus gol kelapannya musim ini sebelum Thiago Alcantara menambah gol ketiga minit ke-37.

Virgil van Dijk melengkapkan kemenangan Liverpool dengan gol keempat minit ke-52.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 November 2021 @ 6:46 AM