PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp. FOTO AFP
PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp. FOTO AFP
Agensi

London: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp menegaskan bahawa mereka tidak akan bertindak balas seperti 'kanak-kanak tidak mendapat gula-gula' jika mereka gagal mendapatkan tempat dalam Liga Juara-Juara.

Dengan Chelsea yang kini menduduki tempat keempat liga, mara ke final Liga Juara-Juara dan final Piala FA, peluang untuk mengejar mereka dilihat sukar kerana lawan itu kini memiliki kelebihan tujuh mata dan mempunyai kelebihan satu perlawanan.

Klopp mengakui tugas itu sukar biarpun tidak mustahil, namun prospek untuk Liga Europa musim depan tidak akan membuatkan juara Piala Europa 2019 itu berputus asa.

"Kami bukan kanak-kanak yang berada di kedai gula-gula dan tidak mendapat gula-gula." katanya.

"Kami bertanggungjawab untuk situasi yang kami hadapi dan tiada sesiapapun yang akan menonton Liga Juara-Juara musim depan di depan televisyen dan menangis kerana kami tidak layak.

"Sekiranya seseorang melakukan itu saya harap akan sedar dan dapat menyelesaikan perkara itu lebih awal. Saya yakin akan menanganinya.

"Kami masih mempunyai peluang untuk Liga Juara-Juara dan kami perlu memberi tumpuan terhadap itu.

"Biarpun sebahagian besar orang beranggapan kami tidak mempunyai peluang lagi dan kami perlu mengalah," katanya

Klopp menegaskan bahawa beliau tidak akan menyerah kalah pada baki lima perlawanan dan tetap optimis apabila pemain utamanya kembali pulih daripada kecederaan, bekas juara Liga Perdana itu akan bangkit berikan semula cabaran.

Beliau turut berharap menyaksikan peningkatan prestasi dari pemain seperti Alex Oxlade-Chamberlain, Thiago Alcantara dan Naby Keita yang mengecewakan dalam kempen musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Mei 2021 @ 8:22 AM