MANIAM memaklumkan skuad bimbingannya beraksi cemerlang pada separuh masa pertama melalui beberapa gerakan memburu gol. FOTO ASWADI ALIAS
MANIAM memaklumkan skuad bimbingannya beraksi cemerlang pada separuh masa pertama melalui beberapa gerakan memburu gol. FOTO ASWADI ALIAS
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Seri lebih baik daripada tewas. Itu tanggapan pengendali Petaling Jaya City FC P Maniam ternyata gembira dengan keputusan seri 1-1 dan bukannya 'tersungkur' dengan jaringan besar ketika menentang Penang FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam tadi.

Maniam berkata, Penang FC memiliki barisan pemain yang mantap dan taktikal padu selain dibarisi pemain import, sekali gus bukan tugas mudah berdepan lawan itu.

"Gembira dengan 11 mata diraih selepas sembilan perlawanan, seri 1-1 adalah keputusan positif. Kami tidak tewas dengan jaringan 5-0 atau 6-0. Pemain saya telah berikan yang terbaik dan kesemuanya adalah pemain tempatan," jelasnya pada sidang media selepas perlawanan.

Maniam turut memaklumkan skuad bimbingannya beraksi cemerlang pada separuh masa pertama melalui beberapa gerakan memburu gol selain berjaya mengawal rentak permainan.

"Namun babak kedua mencerminkan sebaliknya khususnya pada tiga minit saingan bermula apabila lawan menjaringkan gol penyamaan.

"Kami cuba memberikan saingan, saya gembira dengan watak dipamerkan pemain yang tidak berputus asa sehinggalah perlawanan berakhir," katanya. PJ City kini menghuni di kedudukan kesembilan liga mengutip 11 mata hasil dua kemenangan, lima seri dan dua kekalahan.

Pada aksi yang berlangsung malam tadi, tuan rumah terlebih dahulu di depan hasil jaringan hasil jaringan V Ruventhiran pada minit ke-31 sebelum Casagrande menjaringkan gol penyamaan di awal babak kedua baru bermula dan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 April 2021 @ 10:14 PM