KEPUTUSAN undian suku akhir Liga Europa yang menyaksikan United bertemu Granada dan Arsenal berdepan Slavia. FOTO AFP
KEPUTUSAN undian suku akhir Liga Europa yang menyaksikan United bertemu Granada dan Arsenal berdepan Slavia. FOTO AFP
AFP

Paris: Manchester United diundi bertemu kelab Sepanyol, Granada di suku akhir Liga Europa, manakala Arsenal pula akan berdepan Slavia Prague.

Pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer itu, yang mengalahkan AC Milan untuk mara ke suku akhir dijangka beraksi di tempat lawan pada perlawanan pertama 8 April depan namun lokasi perlawanan masih belum diputuskan.

Sementara itu, Ajax akan berdepan Roma dengan pemenang perlawanan ini bakal berentap dengan United atau Granada di separuh akhir.

United pernah mengalahkan Ajax pada perlawanan akhir Liga Europa 2017.

Arsenal bersedia untuk menanti kunjungan Slavia pada suku akhir pertama dan perlu berhati-hatai ketika berdepan pendahulu Liga Republik Czech itu yang sebelum ini mengetepikan Leicester City serta juara Scotland, Rangers.

Jika The Gunners berjaya melepasi halangan itu berkemungkinan mereka akan berdepan dengan pasukan bekas pengurus, Unai Emery di separuh akhir.

Villarreal yang dibimbing Emery akan menentang Dinamo Zagreb yang sebelum ini mengetepikan Tottenham.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mac 2021 @ 9:11 PM