Coleman (kanan) meraikan gol pertama Everton. FOTO EPA
Coleman (kanan) meraikan gol pertama Everton. FOTO EPA
AFP

Liverpool: Kapten Everton, Seamus Coleman mendedikasikan kemenangan pertama yang ditunggu-tunggu Toffees ke atas Liverpool di Anfield sejak 1999 untuk peminat kelab selepas bertahun-tahun di bayangi pesaing mereka itu.

Richarlison membuka jaringan buat pelawat hanya selepas tiga minit beraksi dan jaringan penalti penuh kontroversi oleh Gylfi Sigurdson mengesahkan kemenangan mereka.

Coleman adalah satu-satunya pemain Everton yang masih kekal hingga kini sejak kali terakhir memenangi pertembungan membabitkan dua pasukan itu pada 2010.

Liverpool tidak pernah tewas sepanjang 23 perlawanan sebelum ini namun tewas empat perlawanan berturut-turut liga buat kali pertama sejak 1923 ketika mereka dalam usaha mempertahankan gelaran juara Liga Perdana.

"Ia satu perasaan yang luar biasa selepas datang ke sini bertahun-tahun apabila berjaya melakarkan kemenangan buat pasukan biru dan menewaskan pasukan tuan rumah.

"Ia sukar. Kami boleh mencubanya. Anda tinggal di bandar yang sama dan selama 10 tahun ia sukar diterima.

"Saya bosan dengan keputusan yang sama apabila asyik tewas. Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurus atas cara dia menyusun pemain dan mengalami perubahan yang luar biasa. Menang ke atas juara dan kami sangat gembira."

Kekalahan pada pertemuan tetangga Merseyside ke-238 ini lebih terasa buat Liverpool yang kehilangan tonggak pertahanannya Virgil van Dijk di awal musim disebabkan terjahan penjaga gol Everton Jordan Pickford.

Tanpa pertahanan Belanda itu, Liverpool mengharungi deretan keputusan mengecewakan dan ia terbukti sekali lagi apabila mereka dibolosi hanya selepas 145 saat permainan bermula.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Februari 2021 @ 9:21 AM