KESILAPAN Alexander-Arnold menyebabkan Everton dihadiahkan sepakan penalti lewat perlawanan. FOTO AFP
KESILAPAN Alexander-Arnold menyebabkan Everton dihadiahkan sepakan penalti lewat perlawanan. FOTO AFP
AFP

Liverpool: Jurgen Klopp menyelar barisan pertahanan Liverpool selepas Everton merangkul kemenangan di Anfield buat pertama kali sejak 1999 apabila menang 2-0.

Barisan Klopp dihukum kerana atas kesilapan Ozan Kabak dan Trent Alexander-Arnold di bahagian pertahanan.

Kabak menyebabkan Richarlison menjaringkan gol pertama Everton pada minit ketiga dengan Alexander-Arnold menyebabkan Everton mendapat penalti minit ke-83 yang disempurnakan Gylfi Sigurdsson.

Liverpool kini tewas perlawanan keempat berturut-turut dalam liga di Anfield buat pertama kali sejak 1923 dan pengendali Reds, Klopp tidak mempunyai alasan kemerosotan prestasi juara bertahan itu.

"Ia sukar untuk diterima tapi kami dibolosi awal perlawanan dan ia tidak sepatutnya berlaku dan kami perlu bertahan dengan lebih baik.

Klopp turut kecewa dengan kegagalan Liverpool mengambil peluang yang terhidang.

"Kami terpaksa mengejar perlawanan dan mencipta peluang di babak pertama serta beberapa lagi peluang di babak kedua tapi ia tidak dimanfaatkan

"Kami melakukan satu kesilapan di babak pertama dan mereka menggunakan sebaiknya.

"Saya tidak mahu bercakap tentang perkara yang baik kerana kami tewas dan kami merasainya.

"Kami perlu memperbaiki penyudah dan kemudian baru kami akan menang," katanya.

Liverpool kini tewas empat perlawanan berturut-turut dan ketinggalan tiga mata di belakang kelompok empat teratas selepas tewas buat kali pertama di tangan Everton sejak tahun 2010.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Februari 2021 @ 8:53 AM