SIKAP di luar padang Neymar berbeza berbanding Ronaldo dan Messi. FOTO AFP
SIKAP di luar padang Neymar berbeza berbanding Ronaldo dan Messi. FOTO AFP
Agensi

Paris: Kehidupan Neymar yang suka berparti membezakannya dengan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, menurut seorang doktor terkenal di Perancis.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) berusia 29 tahun itu akan terlepas beraksi pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara bertemu bekas kelabnya, Barcelona.

Dia mengalami kecederaan ketika PSG melakar kemenangan Piala Perancis di Caen sekali gus bakal terlepas beraksi bertemu Barcelona kerana kecederaan pangkal paha.

Akhbar Perancis, L'Equipe percaya gaya hidupnya di luar padang menyumbang kepada faktor kecederaannya itu.

Neymar dikenali dengan suka berparti, menyambut ulang tahun kelahiran dengan penuh mewah dan sering menjemput rakan sepasukan memeriahkan majlisnya.

Ia jauh berbeza berbanding Messi dan Neymar yang lebih mementingkan kehidupan berkeluarga.

Bercakap kepada Le Parisien, seorang doktor Perancis, Jean-Bernard Fabre terkejut dengan 'fizikal rapuh' Neymar.

Dia memberitahu akhbar itu: "Saya tidak begitu mengenali Neymar tetapi di sebalik semuanya, masih terdapat yang tidak kena dengannya.

"Inilah yang membezakannya dengan pemain setaraf dengannya seperti Messi dan Ronaldo. Mereka jarang berdepan kecederaan."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Februari 2021 @ 8:57 PM