TROSSARD (dua kanan) menjaringkan gol untuk Brighton. FOTO AFP
TROSSARD (dua kanan) menjaringkan gol untuk Brighton. FOTO AFP
AFP

Brighton: Jose Mourinho mengakui barisan pemainnya kekurangan tenaga selepas gol Leandro Trossard membantu Brighton mencatat kemenangan 1-0 ke atas anak buahnya sekali gus menjejaskan peluang Tottenham untuk mencabar kedudukan empat teratas liga.

Spurs berharap dapat kembali bangkit selepas tewas kepada Liverpool, Khamis lalu namun sebaliknya mereka mengalami kekalahan kali kedua berturut-turut.

Trossard menjaringkan gol pada babak pertama di Stadium Amex dengan Tottenham beraksi tanpa Harry Kane yang mengalami kecederaan sekali gus pasukan pelawat dilihat kurang mengancam untuk sekurang-kurangnya mencari gol penyamaan.

Tottenham kini menduduki tangga keenam dengan hanya dua kemenangan daripada sembilan aksi Liga Perdana.

Mourinho mengakui barisan pemainnya rasa bersalah dan tidak mampu untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata.

"Kami tidak bermula dengan baik. Pada separuh masa pertama saya rasa pemain sangat sedih kerana melepaskan gol," kata Mourinho.

"Mereka kekurangan tenaga. Dalam tempoh 25 hingga 30 minit terakhir mereka memberikan segala-galanya tetapi gagal.

"Pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi pada separuh masa kedua. Mereka cuba beraksi dalam kesedihan."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Februari 2021 @ 8:30 AM