REAKSI kecewa barisan pemain Bayern selepas tewas kepada pasukan Divisyen Dua, Holstein Kiel. FOTO EPA
REAKSI kecewa barisan pemain Bayern selepas tewas kepada pasukan Divisyen Dua, Holstein Kiel. FOTO EPA
AFP

Berlin: Ketua jurulatih Bayern Munich, Hansi Flick terkejut melihat juara bertahan itu tersingkir daripada saingan Piala Jerman apabila tewas kepada pasukan divisyen dua, Holstein Kiel yang menang menerusi penentuan penalti 6-5 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2.

"Ia amat mengejutkan. Kami sangat kecewa," kata Flick kepada Sky selepas tamat aksi pusingan kedua itu.

"Lebih mengecewakan kami melepaskan gol yang menyebabkan lawan menyamakan kedudukan untuk keputusan 2-2 pada masa kecederaan. Tahniah kepada Kiel.

"kami harus melupakan kekalahan ini dan terus cuba menjadi yang terbaik."

Penyerang Bayern, Thomas Mueller berkata, kekalahan itu adalah sangat 'kejam'.

Ini adalah kali pertama Bayern disingkirkan pada saingan itu kepada bukan pasukan Bundesliga sejak tewas kepada pasukan divisyen empat, Magdeburg pada musim 2000/01.

Ia juga adalah kali pertama juara Eropah itu disingkirkan daripada saingan berkenaan sejak Flick mengambil alih tugas selaku jurulatih bermula November 2019.

Bayern di depan 2-1 menerusi gol sumbangan Serge Gnabry dan Leroy Sane sebelum kapten Kiel, Hauke Wahl menyumbat gol penyamaan minit ke-95 untuk mengheret perlawanan itu ke masa tambahan dan kemudiannya penentuan penalti.

"Ia mungkin nampak bodoh apabila teaws kepada pasukan bukan pilihan. Tetapi nasib nyata tidak menyebelahi kami," kata Mueller.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 January 2021 @ 8:49 AM