AKSI Lewandowski (tengah) pada perlawanan hari ini. FOTO EPA
AKSI Lewandowski (tengah) pada perlawanan hari ini. FOTO EPA
AFP

Berlin: Robert Lewandowski dan Serge Gnabry masing-masing meledak gol ketika melakar kemenangan 5-1 ke atas Cologne hari ini sekali gus berkelebihan dua mata di tangga teratas Bundesliga.

Tandukan Eric Maxim Choupo-Moting meletakkan Bayern di depan sebelum Lewandowski yang juga penjaring terbanyak liga, menjaringkan dua gol untuk keseluruhan 28 gol musim ini.

Gnabry masuk sebagai pemain gantian untuk menambah dua gol lagi pada perlawanan yang berlangsung secara tertutup di Allianz Arena.

Jurulatih Bayern, Hansi Flick memuji aksi cemerlang Gnabry dan Thomas Mueller serta melabelkan pemain tengah, Leon Goretzka yang membantu tiga jaringan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Juara kelab dunia itu ada seminggu untuk persediaan menanti kehadiran Borussia Dortmund Sabtu depan.

"Saya mahu memperkenalkan perkara baharu kepada pasukan. Saya tidak suka satu atau dua perkara hari ini," kata Flick.

Bayern hanya memungut satu mata daripada dua perlawanan terakhir mereka sebelum ini.

Flick membuat satu perubahan dengan menyenaraikan Choupo-Moting menggantikan Kingsley Coman daripada skuad yang menang 4-1 mengatasi Lazio pada Liga Juara-Juara Rabu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Februari 2021 @ 10:48 AM