PENYERANG Lille, Burak Yilmaz (kiri) cuba melepasi halangan pemain tengah PSG, Idrissa Guaye dalam aksi Ligue 1. FOTO AFP
PENYERANG Lille, Burak Yilmaz (kiri) cuba melepasi halangan pemain tengah PSG, Idrissa Guaye dalam aksi Ligue 1. FOTO AFP
AFP

Paris: Lille kembali ke tangga teratas Ligue 1 selepas berjaya mengikat Paris Saint Germain (PSG) seri tanpa jaringan dalam aksi yang kurang menarik.

Lille berjaya merampas kedudukan teratas liga Perancis daripada Lyon dengan kelebihan jaringan selepas perlawanan hanya menyaksikan beberapa percubaan tepat ke sasaran dan kurang insiden.

PSG berada di tempat ketiga selepas gagal untuk mencipta peluang walaupun mendominasi perlawanan, selepas mereka tidak dapat menurun Neymar dan Mauro Icardi manakala Kylian Mbappe pula bermula di bangku simpanan.

Marseille sementara itu lima mata di belakang pendahulu selepas mencatat keputusan seri ketika berdepan Reims semalam, namun pasukan bimbingan Andre Villas Boas masih mempunyai kelebihan dua baki perlawanan.

Sementara itu, penyerang Jerman, Kevin Volland meledak gol keenam dalam saingan Ligue 1 selepas berjaya membantu Monaco meraih kemenangan 1-0 ke atas Dijon.

Kemenangan berkenaan membolehkan mereka menduduki tempat ketujuh dengan jurang tujuh mata di belakang Lille dan Lyon.

Rennes pula dua mata mengatasi Monaco untuk menduduki tempat kelima selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Lorient.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Disember 2020 @ 11:45 AM