MESSI berjaya menyamai rekod Pele meledak 643 gol untuk satu kelab. FOTO AFP
MESSI berjaya menyamai rekod Pele meledak 643 gol untuk satu kelab. FOTO AFP
AFP

Madrid: Lionel Messi menjaringkan gol yang ke-643 untuk Barcelona bagi menyamai rekod Pele meledak gol untuk satu kelab ketika gergasi Sepanyol itu mencatat keputusan seri 2-2 bertemu Valencia.

Messi, 33, menanduk masuk hantaran lintang Jordi Alba bagi menyamai pencapaian yang dicatatkan legenda Brazil itu dengan Santos.

Sebelum itu sepakan penalti yang diambilnya pada separuh masa pertama berjaya diselamatkan.

"Figura ini sangat luar biasa, kami tidak akan mempunyai pemain yang sangat efektif buat kelab.

"Sebab itulah dia adalah nombor satu, apa yang dilakukannya untuk kelab ini sangat luar biasa," kata jurulatih Barca, Ronald Koeman.

Bagaimanapun, Messi agak sedikit kecewa apabila Barca hanya mencatat keputusan seri sekali gus berada lapan mata di belakang pendahulu liga, Atletico Madird yang sebelum itu mengalahkan Elche 3-1.

"Ada satu masa kita berjaya memberikan aksi bola sepak terbaik. kami berjaya menguasai permainan, terutama ketika mendahului 2-1 dan kami cuba untuk menambah gol ketiga namun terdapat juga masa kami kehilangan bola di kawasan bahaya.

"Apa yang merisaukan saya, ada kalanya pasukan tidak tahu mengenai corak yang akan dipamerkan oleh sesebuah pasukan.

"Kami sedar, kami adalah pasukan yang gemar menyerang dan menjaringkan gol tapi ada masanya kita perlu bertahan dan mengawal permainan.

"Bagaimanapun, perlumbaan untuk meraih kejuaraan masih belum berakhir, kami ketinggalan jauh di belakang namun ia adalah musim yang sangat sukar buat semua orang. Dalam tempoh dua bulan, situasinya memang sangat berbeza," kata Koeman.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Disember 2020 @ 8:33 AM