Pemain Barcelona, Martin Braithwaite (kanan) menjaringkan gol ketika berdepan Osasuna. FOTO AFP
Pemain Barcelona, Martin Braithwaite (kanan) menjaringkan gol ketika berdepan Osasuna. FOTO AFP
Agensi

Madrid: Empat pemain dilaporkan berjuang demi masa depan mereka di Barcelona menjelang jendela perpindahan Januari ini.

Ketika Ronald Koeman mempunyai pilihan yang terhad pada musim panas ini, langkah pemotongan gaji bagi pasukan utama mungkin memberi pengendali dari Belanda itu ruang untuk memberikan perubahan baharu pada permulaan 2021.

Menurut laporan Marca, Martin Braithwaite, Carles Alena, Junior Firpo dan Riqui Puig bakal mengintai jalan keluar dari kelab itu.

Braithwaite mempamerkan aksi baik pada beberapa perlawanan sebelum ini, menjaringkan tiga gol dan satu membantu mencipta jaringan gol ketika kemenangan 4-0 ke atas Dynamo Kiev dan Osasuna.

Alena dan Firpo turut memainkan peranan sekalipun bertindak sebagai pemain gantian dengan Puig kekal sebagai pemain simpanan yang tidak digunakan.

Walaupun begitu, kesemua pemain berkenaan tetap dituntut untuk mempamerkan aksi terbaik ketika perlawanan membabitkan kelab berkenaan sepanjang Disember ini jika mereka berhasrat untuk kekal di Camp Nou.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2020 @ 11:00 PM