HEMED (dua kanan) jaring gol tunggal perlawanan pada minit ke-51. - Foto REUTERS
HEMED (dua kanan) jaring gol tunggal perlawanan pada minit ke-51. - Foto REUTERS
AFP

BRIGHTON, England: Gol penyerang Israel, Tomer Hemed pada minit ke-51 membantu Brighton & Hove Albion menang 1-0 ke atas pasukan sesama Liga Kejuaraan musim lalu Newcastle United dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Hemed meledak pada awal babak kedua di Stadium Amex untuk memberikan pengurus Brighton, Chris Hughton kemenangan sulung ke atas pasukan yang pernah diuruskannya dalam percubaan ketujuh.

Ia juga misi membalas dendam buat Brighton, yang tewas di laman sendiri dan lawan oleh Newcastle musim lalu ketika pasukan kendalian Rafael Benitez itu mengatasi mereka bagi kejuaraan kelab divisyen dua Inggeris.

Hemed (kiri) berebut bola dengan pemain Newcastle Isaac Hayden. - Foto AFP
Hemed (kiri) berebut bola dengan pemain Newcastle Isaac Hayden. - Foto AFP

Brighton kini mencatat dua kemenangan berturut-turut di gelanggang sendiri sesudah menewaskan West Bromwich Albion 3-1 pada aksi terakhir di laman sendiri sekali gus melonjak ke tangga ke-13 kedudukan liga.

Newcastle merudum ke tangga kesembilan selepas rentetan tiga kemenangan berturut-turut mereka berakhir.

Kealpaan benteng pertahanan pelawat dihukum pada minit ke-51 apabila sepakan percuma Pascal Gross dari kiri ditanduk semula ke arah gol oleh Dale Stephens dan Hemed merembat masuk dari jarak dekat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 September 2017 @ 9:35 AM