ABHINAV Upabhyay hadir ke Malaysia untuk memberi sokongan kepada barisan pemain India di Masters Malaysia. FOTO Wan Izzati Amir
ABHINAV Upabhyay hadir ke Malaysia untuk memberi sokongan kepada barisan pemain India di Masters Malaysia. FOTO Wan Izzati Amir
Wan Izzati Amir


Kuala Lumpur: Kehadiran peminat badminton dari dalam dan luar negara memeriahkan lagi suasana di Axiata Arena untuk menyaksikan aksi pusingan kedua Malaysia Masters hari ini.

Hari ketiga Malaysia Masters menyaksikan kehadiran bukan sahaja dalam kalangan penyokong badminton tanah air malah kehadiran penyokong dari luar negara juga dapat dilihat.

Peminat badminton dari India, Abhinav Upabhyay , 35 berkata suasana di sini sangat meriah dengan kehadiran penonton dari pelbagai latar belakang.

"Saya datang ke Malaysia bersama 10 rakan yang lain demi menyaksikan sendiri kejohanan luar selain memberi semangat kepada pemain negara kami.

"Suasana di sini sama seperti kejohanan lain tapi yang membezakan adalah kami dapat merasakan semangat penyokong tempatan di sini.

"Mereka bersatu memberi sokongan yang padu kepada pasukan negara mereka," katanya.

Sukan berprestij itu kekal mendapat perhatian peminat badminton tempatan hari ini biarpun kejohanan kali ini menyaksikan ramai pasukan negara pulang awal semalam setelah kalah di pusingan pertama.

Selain Zii Jia turut beraksi di pusingan kedua hari ini ialah beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Mei 2023 @ 2:11 PM