SZE Fei (kiri) dan  Hon Jian akan menentang beregu Indonesia esok. FOTO BAM
SZE Fei (kiri) dan Hon Jian akan menentang beregu Indonesia esok. FOTO BAM
Helmi Talkah

Kuala Lumpur: Gandingan baharu, Choong Hon Jian-Goh Sze Fei tidak menunggu lama untuk mencetuskan impak di pentas antarabangsa apabila berjaya mara ke separuh akhir Cabaran Antarabangsa Thailand, hari ini.

Beregu lelaki negara itu yang digandingkan bulan lalu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mengesahkan tiket ke kelompok lapan terbaik selepas menewaskan pasangan Taiwan, Ming Che Lu-Tang Kai Wei 20-22, 21-9, 21-17 pada aksi suku akhir.

Mereka akan berdepan beregu Indonesia yang juga pilihan kedua kejohanan, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani bagi perebutan tempat ke pentas final, esok.

Hon Jian-Sze Fei digandingkan susulan rombakan yang dibuat dalam skuad beregu lelaki negara selepas perpisahan Nur Izzuddin Rumsani-Sze Fei pada hujung Januari lalu.

Sementara itu, nasib tidak menyebelahi beregu campuran negara, Yap Roy King-Valeree Siow yang terkandas di peringkat suku akhir, hari ini.

Pasangan itu terpaksa akur tewas di tangan beregu Taiwan, Lee Chia Han-Liu Zhi Xi 17-21, 21-11, 19-21.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mac 2023 @ 8:38 PM