AKSi Tze Yong hari ini. FOTO Bernama
AKSi Tze Yong hari ini. FOTO Bernama
Daripada Amirullah Andi Nur


Birmingham: Jaguh badminton perseorangan negara, Ng Tze Yong akan membuat perhitungan dengan bintang India, Lakshya Sen bagi perebutan pingat emas Sukan Komanwel 2022 di sini, esok.

Kejayaan Tze Yong itu sekali gus memberi harapan kepada kontinjen negara untuk menambah kilauan emas yang setakat ini sudah berjumlah enam dan memenuhi sasaran ditetapkan.

Pada aksi separuh akhir di National Exhibition Center (NEC) di sini, hari ini Tze Yong menundukkan pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2018, Srikanth Kidambi dari India, 13-21, 21-19, 21-10.

Kidambi pula mengatasi pemain Singapura, Teh Jia Heng 10-21, 21-18, 16-21 dalam satu aksi separuh akhir.

Mereka dijadual berentap jam 9.40 pagi waktu tempatan (4.40 petang waktu Malaysia).

Sementara itu, beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing gagal ke final selepas tunduk kepada wakil Singapura, Hee Yong Kai Terry-Jessica Wei Han Tan 25-23, 21-19.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Ogos 2022 @ 10:51 PM