KECELUPARAN Verstappen tidak mendatangkan kerisauan buat Horner. FOTO AFP
KECELUPARAN Verstappen tidak mendatangkan kerisauan buat Horner. FOTO AFP
Agensi

Nurburg: Prinsipal Red Bull, Christian Horner berkata, kritikan kurang sopan pelumbanya, Max Verstappen terhadap Lance Stroll ketika sesi latihan bebas semalam adalah disebabkan reaksi 'emosi'.

Verstappen tidak berpuas hati selepas dia dan Stroll terbabit dalam pelanggaran pada sesi latihan kedua dan menggelarkan pesaingnya itu sebagai 'terencat' dan 'mongol' merujuk kepada gelaran yang diberikan kepada pesakit sindrom down.

Ditanya mengenai reaksi marah pelumbanya disebabkan pelanggaran itu, Horner berkata, ia adalah disebabkan emosi dan perwatakan Verstappen.

Verstappen bertembung dengan Stroll ketika mereka bersaing sebelah-menyebelah di selekoh.

"Harapannya sangat tinggi berbeza dengan keputusan yang diraihnya.

"Apa yang harus anda ingat, pemandu berdepan dengan banyak perkara sepanjang menjalani sesi latihan.

"Ada pemandu yang bekerjasama dan ada yang tidak dan kadang-kadang jika Max muncul di belakang Lance atau Ocon, ia boleh menjadi berwarna-warni," katanya.

Ditanya adakah beliau risau ada orang yang tidak berpuas hati dengan kata-kata yang dilemparkan Verstappen, Horner berkata perkara itu bukan masalahnya.

Pelanggaran itu menyaksikan Stroll terpaksa menamatkan sesi latihan, manakala Verstappen mampu untuk menyambung aksi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2020 @ 6:15 PM