VERSTAPPEN (kanan) bersama Daniel Ricciardo menjelang Grand Prix Amerika Syarikat di Austin, empat bulan lalu. - FOTO Agensi
VERSTAPPEN (kanan) bersama Daniel Ricciardo menjelang Grand Prix Amerika Syarikat di Austin, empat bulan lalu. - FOTO Agensi
Agensi

BOS pasukan Red Bull Formula 1, Christian Horner percaya Max Verstappen adalah pemandu yang “paling ditakuti” oleh Lewis Hamilton dan Sebastian Vettel.

Verstappen menang dua perlumbaan dan berakhir di tangga keempat kejuaraan dunia tahun lalu. Dia diramal oleh Hamilton dan Vettel mampu memberikan cabaran sengit jika mempunyai pakej tepat.

Horner, pasukannya beralih daripada enjin Renault kepada Honda bagi 2019 dalam usaha mencabar kejuaraan berkata, Verstappen tidak gentar bersaing dengan pemandu lebih berpengalaman dan berjaya.

“Saya tidak fikir dia takutkan apa-apa,” kata Horner.

“Anda sudah lihat kedua-dua pemandu itu melakukan kesilapan sepanjang karier mereka. Prestasi Sebastian pula agak teruk tahun lalu.

“Jika anda lihat persembahan dia (Verstappen) sejak babak kedua musim lalu, dia muncul pemandu kedua meraih mata terbanyak di belakang Lewis.

“Saya tidak fikir dia kekurangan apa-apa yang mereka miliki jika kami boleh memberikannya sesuatu yang membolehkannya melakukan tugas dengan cemerlang.

“Dia mungkin pemandu yang paling mereka takuti.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Februari 2019 @ 3:51 PM