KHABIB dilihat berlari ketika disakat rakan sepasukannya. FOTO Agensi
KHABIB dilihat berlari ketika disakat rakan sepasukannya. FOTO Agensi
Agensi

Abu Dhabi: Khabib Nurmagomedov mendedahkan dia takut kepada ular selepas disakat oleh rakan sepasukannya di sebalik mampu bertarung dengan beruang dan singa.

Juara lightweight yang tidak pernah tewas itu akan mempertahankan kejuaraannya bertemu juara interim, Justin Gaethje pada aksi Sabtu ini.

Ketika melakukan persiapan untuk perlawanan UFC 254 itu, rakan sepasukan Khabib sempat bergurau dengan bintang Russia itu.

Ketika petarung berusia 32 tahun itu menjalani latihan, seekor ular hidup dibawa oleh dua lelaki yang dilihat memakai pakaian seragam.

Khabib kemudian dilihat melarikan diri dengan rakan yang lain turut mengikutinya dan ada juga yang berdepan ular berkenaan.

KHABIB sering bertarung dengan beruang seawal usia sembilan tahun. FOTO Agensi
KHABIB sering bertarung dengan beruang seawal usia sembilan tahun. FOTO Agensi

Atlet tempur dan skuadnya diletakkan dalam satu pusat latihan di Abu Dhabi ketika mereka disakat oleh reptilia itu.

Namun Nurgamodemov menjelaskan, usaha menyakat itu sebenarnya bukan ditujukan kepada dirinya.

"Saya tidak menyukai ular. Saya suka beruang, helang dan singa. Tetapi mereka tidak membawa ular ini untuk memberi tekanan kepada saya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2020 @ 10:52 PM