Agensi

TINDAKAN Conor McGregor mengumumkan persaraan tidak bertarung dalam saingan Seni Mempertahankan Diri Campuran (MMA), hari ini mengejutkan ramai peminat sukan itu.

Kata-kata persaraan McGregor yang dikomen oleh Dana. TWITTER
Kata-kata persaraan McGregor yang dikomen oleh Dana. TWITTER

Atlet berusia 30 tahun itu kini digantung daripada bertarung oleh Suruhanjaya Atlet Negeri Nevada apabila terbabit dalam pergaduhan sejurus selepas kalah kepada Khabib Nurmagomedov pada UFC229.

Dengan penggantungannya masih berjalan, perancangan untuk perlawanan seterusnya sudah diatur oleh penganjur sukan terbabit.

Bagaimanapun, McGregor kelihatan mengakhiri kariernya apabila membuat pengumuman di media sosial dengan peminat enggan mempercayai kerana ia seperti sekadar sengaja dibuat-buat.

Dia yang mengirimkan kata-katanya di Twitter pada awal pagi semalam, berkata: “Hei semua, pengumuman ringkas. Saya berhasrat untuk bersara daripada sukan dikenali sebagai MMA, hari ini. Saya berharap semua rakan-rakan saya akan meneruskan pertarungan mereka dalam saingan itu.

“Saya sekarang menyertai bekas rakan saya yang sudahpun bersara. Pina Coladas yang sebenar buat rakan-rakan saya!”

Presiden UFC, Dana White mengesahkan berita mengejutkan itu sejam selepas pengumuman McGregor di Twitter.

“Dia mempunyai wang untuk bersara dan wiskinya sedang membunuhnya,” kata White memberitahu ESPN melalui teks mesej.

“Ia benar-benar masuk akal dan jika saya menjadi sepertinya (McGregor), saya juga akan bersara”.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2019 @ 5:10 PM