MASKOT Arsenal, Gunnersaurus ditamatkan perkhidmatan selepas 27 tahun bersama kelab itu. FOTO Agensi
MASKOT Arsenal, Gunnersaurus ditamatkan perkhidmatan selepas 27 tahun bersama kelab itu. FOTO Agensi
Agensi

London: Sevilla secara berseloroh mahu mendapatkan khidmat maskot Arsenal, Gunnersaurus yang baru dipecat oleh pengurusan di Emirates.

Peminat setia Gunners terkejut apabila khidmat Gunnersaurus ditamatkan selepas 27 tahun berkhidmat bersama kelab itu.

Twitter Liga Juara-Juara menulis: "Pemain manakah yang anda mahu dapatkan pada hari terakhir pintu perpindahan pemain?

Akaun rasmi Sevilla kemudian membalas pertanyaan itu dengan memuatnaik gambar Gunnersaurus.

GUNNERSAURUS diapit dua maskot Chelsea
GUNNERSAURUS diapit dua maskot Chelsea

Seteru utama Arsenal di Liga Perdana Inggeris, Chelsea pula memberi penghormatan kepada legenda Gunners itu.

Akaun rasmi twitter Chelsea memuatnaik gambar Gunnersaurus diapit dua maskot Chelsea dengan kapsyen: "Sending hugs, @Gunnersaurus."

Selepas mengurangkan sebanyak 55 kakitangan pada Ogos lalu, Gunners kini sudah meminta maskotnya itu 'mengemas barang' sebagai sebahagian daripada langkah pengecilan operasi kelab.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2020 @ 10:05 PM