JORDAN dikatakan mampu menyelesaikan masalah di bahagian tengah Arsenal. FOTO Agensi
JORDAN dikatakan mampu menyelesaikan masalah di bahagian tengah Arsenal. FOTO Agensi
Agensi

London: Arsenal perlu berusaha keras untuk menyelamatkan saingan mereka musim ini dan Mikel Arteta berpendapat perlu menambah kekuatan pasukannya dengan membawa masuk pemain Sevilla, Juan Jordan.

Pasukan dari London utara itu mengalahkan seteru setempat, Chelsea pada 'Boxing Day' sekali gus menaikkan semangat Arteta, yang sebelum ini dikecam kerana skuad bimbingannya gagal mencatat kemenangan selepas tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan menyebabkan mereka berada di tempat ke-15.

Arteta berharap untuk membina keyakinan dia atas kejayaan mengalahkan pasukan jiran itu menjelang tahun baru 2021 dan mahu menyuntik semangat di bahagian tengah The Gunners dengan membawa masuk pemain perancang itu.

Jordan beraksi dengan baik ketika bersama Sevilla dan Arteta bersedia untuk membawa masuk pemain yang dikatakan bernilai £32 juta (RM174 juta) bulan depan.

Dia adalah tonggak utama Sevilla ketika kelab berkenaan meraih kejuaraan Liga Europa musim lalu dan menamatkan saingan di tangga keempat liga.

Pemain tengah itu sangat diperlukan Arsenal untuk membolehkan mereka mencipta peluang menjaringkan gol selepas hanya meledak 15 gol setakat ini.

Masalah di bahagian tengah adalah antara perkara yang perlu diselesaikan Arteta, selepas Granit Xhaka gagal memberikan persembahan terbaik, manakala Dani Cebellos pula hanya tidak dapat mengulangi persembahan cemerlang ketika beraksi pada penampilan pertama musim lalu menentang Burnley.

Pemain yang baru dibeli, Thomas Partey pula berdepan masalah kecederaan dan Arsenal perlu segera mengutip mata penuh bagi mengelak daripada berdepan saat memalukan di penghujung kempen.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Disember 2020 @ 2:17 PM