Yoshinori Muto. FOTO File Agensi
Yoshinori Muto. FOTO File Agensi
AFP

PENYERANG Jepun, Yoshinori Muto menandatangani kontrak perjanjian setahun sebagai pemain pinjaman bersama Eibar dari Newcastle umum kelab La Liga itu hari ini.

"Eibar dan Newcastle mencapai persetujuan untuk penyerang Jepun, Yoshinori Muto menyertai kelab ini sebagai pemain pinjaman sehingga penghujung musim ini," menurut kenyataan kelab Basques itu.

"Penyerang Jepun itu akan memakai jersi bernombor 12 dan dia menjalani latihan individu beberapa hari pertama ini sebelum menyertai pasukan minggu depan," tambahnya.

Muto, 28, yang menjaringkan tiga gol dalam 28 penampilan bersama Jepun, menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle dari Mainz pada 2018.

Muto yang hanya menjaringkan dua gol dalam dua kempen di St James Park menyertai rakan sepasukan serangan di Jepun, Takashui Inui di kelab yang beraksi dalam liga utama Sepanyol selepas pemain sayap itu bersetuju untuk kembali dengan kontrak perjanjian tiga tahun.

Eibar akan berkunjung ke Villarreal bagi perlawanan kedua musim ini pada Sabtu selepas seri tanpa jaringan pada perlawanan pembukaan musim di gelanggang sendiri berdepan Celta Vigo minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2020 @ 9:13 PM