YOSHINORI MUTO
YOSHINORI MUTO
Reuters

LONDON: Penyerang Jepun, Yoshinori Muto semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan ke kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United.

Dalam satu kenyataan, Newcastle berkata, kedua-dua pihak sudah bersetuju dengan terma perjanjian dan bekas penggempur Mainz, Muto akan tiba di London pada bila-bila masa.

Newcastle berkata, ketika ini mereka hanya menunggu kelulusan kerajaan berhubung permit kerja pemain berusia 26 tahun itu.

Bagaimanapun, disebabkan Muto tidak selalu membarisi kesebelasan utama Jepun sejak kebelakangan ii, badan induk bola sepak England akan menentukan sama ada dia layak atau tidak untuk bermain bersama Newcastle.

“Newcastle United mengesahkan bahawa pemain antarabangsa Jepun, Yoshinori Muto akan tiba di Tyneside sebelum melengkapkan perpindahannya,” kata kenyataan yang dikeluarkan Magpies.

“Secara dasarnya, perjanjian sudah dipersetujui antara Magpies dan majikan Muto, FSV Mainz 05 dan pemain itu sudah menjalani ujian kesihatan.

“Kini kami hanya menunggu keputusan badan induk yang dijangka bakal diselesaikan awal minggu depan.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Julai 2018 @ 8:39 AM