Sukan Olimpik Tokyo 2020 dijadual berlangsung pada 23 Julai tahun depan. FOTO Agensi
Sukan Olimpik Tokyo 2020 dijadual berlangsung pada 23 Julai tahun depan. FOTO Agensi
AFP

SUKAN Olimpik yang dilanjutkan ke tahun depan boleh dilangsungkan dengan "penonton terhad" untuk mengelak penularan jangkitan, kata ketua eksekutif Tokyo 2020, Toshiro Muto.

Temasya Tokyo 2020 kini dijadualkan membuka tirai pada 23 Julai 2021, selepas penangguhan yang mencipta sejarah berikutan pandemik.

Muto memberitahu BBC Sports bahawa penganjur komited untuk terus menganjurkan acara itu pada 2021, tanpa mengadakan perbincangan bagi membatal atau menangguhkannya.

"Setiap orang fokus untuk mengadakan acara itu tahun depan – kami berpandangan sama."

Katanya Ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Thomas Bach "tidak bercadang" untuk menadakan temasya tanpa penonton tetapi menyedari bahawa jumlah yang sedikit mungkin boleh dilaksanakan.

"Dia mungkin memikirkan mengenai jumlah terhad membabitkan penonton dengan perhatian penuh terhadap jarak sosial," kata Muto.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2020 @ 1:42 PM