Sentuhan Bale masih diperlukan. FOTO AGENSI
Sentuhan Bale masih diperlukan. FOTO AGENSI
AFP

Ejen Gareth Bale kini sedang mengadakan perbincangan untuk membawa kembali bintang Real Madrid itu kembali ke kelab lamanya.

Khidmat Bale tidak digunakan oleh pengurus Real, Zinedine Zidane dan awal bulan ini bintang Wales itu berkata dia bersedia untuk menyertai mana-mana kelab Liga Perdana.

Terdahulu di England melaporkan bahawa Tottenham dan Manchester United berminat untuk mengikat Bale.

Tottenham kini bersedia mengadakan perbincangan dengan wakil Bale berhubung perpindahan atau mungkin sekadar pinjaman tetapi perpindahan tetap juga mungkin tidak ditolak pada peringkat ini.

"Gareth masih sayangkan Spurs," kata ejen Bale Jonathan Barnett.

"Kami sedang berbincang. Ia adalah tempat yang dia inginkan."

Bale masih mempunyai dua tahun kontrak dan menerima sekitar £600,000 seminggu (RM3.19 juta) di Real.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2020 @ 9:07 AM