BALE tak mungkin kembali ke EPL. FOTO Agensi
BALE tak mungkin kembali ke EPL. FOTO Agensi
AFP

EJEN Gareth Bale berkata, penyerang Real Madrid itu tidak mungkin akan kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana dia mahu menamatkan karier di Bernabeu.

Bale dipercayai berdepan hubungan tegang bersama pengurus Real, Zinedine Zidane dan hampir dijual ke kelab Liga Super China, Jiangsu Suning pada tahun lalu.

Bekas bintang Tottenham itu dikaitkan akan kembali ke Liga Perdana dan Newcastle menjadi kelab terbaru yang dikaitkan dengan pemain antarabangsa Wales itu.

Ejen Bale, Jonathan Barnett berkata pemain berusia 30 tahun itu kemungkinan besar akan kekal di Sepanyol.

"Dia menjalani kehidupan yang baik di sana. Saya tidak nampak kenapa dia mahu meninggalkan Madrid.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, dia gembira di Madrid. Dari sudut kewangan, tiada apa lagi yang diperlukannya," kata Barnett.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2020 @ 10:46 PM