PROTES dilakukan di luar kedutaan Iran di London akibat tidak berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan terhadap Afkari. FOTO AFP
PROTES dilakukan di luar kedutaan Iran di London akibat tidak berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan terhadap Afkari. FOTO AFP
AFP

Lausanne: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengakui terkejut dengan hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan ke atas atlet gusti Iran kerana menyebabkan kematian pekerja sektor awam ketika protes anti kerajaan pada 2018.

Navid Afkari dijatuhkan hukuman mati di penjara di bahagian selatan Iran di bandar Shiraz dan IOC mengakui sendiri bahawa ia adalah berita yang sangat menyedihkan.

"IOC terkejut dengan pengumuman hari ini," jelas badan induk antarabangsa itu dalam satu kenyataan.

Afkari, 27, didapati bersalah kerana sengaja menyebabkan kematian Hossein Torkman, pekerja jabatan air pada 2 Ogos 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 September 2020 @ 12:21 AM