BEKAS peguam Kenji Utsunomiya, mengumpul petisyen untuk membatalkan Olimpik Tokyo. FOTO AFP
BEKAS peguam Kenji Utsunomiya, mengumpul petisyen untuk membatalkan Olimpik Tokyo. FOTO AFP
AFP

Tokyo: Petisyen meminta untuk temasya Olimpik Tokyo dibatalkan mendapat lebih 351,000 tandatangan disampaikan kepada gabenor bandar itu hari ini dengan penganjurnya mendesak pejabat menteri 'mengutamakan kesihatan.'

Petisyen secara dalam talian bertajuk 'Batalkan Olimpik Tokyo untuk selamatkan nyawa anda' dilancarkan awal bulan ini oleh Kenji Utsunomiya yang juga bekas peguam dan bekas calon gabenor Tokyo.

Ia berjaya mengumpul tanda tangan lebih cepat daripada petisyen sebelum ini menerusi platform Change.org di Jepun yang mana Utsunomiya berkata "maklum balas pendapat umum" mengenai isu itu.

Undian yang dilakukan menunjukkan majoriti penduduk Jepun menentang penganjuran temasya itu tahun ini dan memilih penangguhan atau pembatalan temasya itu kerana wabak Covid-19.

"Saya rasa Olimpik kali ini adalah mengenai sama ada kita mengutamakan kehidupan atau penganjuran yang dipanggil Olimpik," kata Utsunomiya.

Beliau meminta Gabenor Tokyo Yuriko Koike untuk meminta Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk membatalkan temasya itu.

"IOC mempunyai hak untuk membuat keputusan sama ada membatalkannya tapi Tokyo sebagai tuan rumah harus mendesak IOC untuk membatalkannya," katanya.

Petisyen itu turut dihantar kepada IOC dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa serta penganjur tempatan dan pemerintah negara.

Ia diserahkan ketika Jepun ketika ini sedang memerangi gelombang keempat dengan Tokyo dan lima wilayah lain berada dalam keadaan darurat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Mei 2021 @ 1:49 PM