DYKES (kanan) menjaringkan gol pertama Scotland. FOTO Agensi
DYKES (kanan) menjaringkan gol pertama Scotland. FOTO Agensi
AFP

KAPTEN Scotland, Andy Robertson berkata dia serta rakan sepasukannya 'tidak menyembunyikan apa-apa' selepas bergelut untuk menewaskan pasukan kurang berpengalaman, Republik Czech 2-1 pada saingan Liga Negara-Negara.

Czech mengetepikan barisan kesebelasan utama mereka serta staf kejurulatihan selepas kemenangan 3-1 ke atas Slovakia Jumaat lalu berikutan kebimbangan terhadap penularan wabak Covid-19 di dalam pasukan.

Selepas pada awalnya perlawanan itu kemungkinan akan ditangguhkan, Persatuan Bolasepak Czech bersetuju untuk menyenaraikan barisan pemain dan staf kejurulatihan baharu yang hanya menyaksikan dua pemain pernah beraksi beraksi bersama skuad kebangsaan.

"Ia juga tidak memihak kepada kami," kata Robertson selepas perlawanan itu mencetuskan persoalan.

"Pada Jumaat kami ingatkan perlawanan itu dibatalkan dan kami mula memikirkan mungkin akan pulang. Ia minggu yang penuh ketidakpastian.

"Kami tidak menyembunyikan apa-apa. Saya tidak hirau mengenai prestasi pasukan asalkan kami berjaya meraih tiga mata penuh," katanya lagi.

Czech di depan minit ke-12 menerusi gol sumbangan Jakub Pesek.

Lyndon Dykes bagaimanapun menyamakan kedudukan minit ke-27 sekali gus gol antarabangsa pertamanya.

Robertson berjaya memenangi sepakan penalti tujuh minit selepas bersambung babak kedua dan Ryan Christie menyempurnakannya dengan baik.

Bagaimanapun perlawanan itu menyaksikan barisan pemain muda Czech mendominasi separuh masa kedua dengan melakukan beberapa percubaan tepat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2020 @ 8:03 AM