Alisson (kiri) dengan imej kemas bersama keluarganya ketika bercuti di Itali. FOTO Agensi/IG AlissonBecker
Alisson (kiri) dengan imej kemas bersama keluarganya ketika bercuti di Itali. FOTO Agensi/IG AlissonBecker
Agensi

PENJAGA gol Liverpool, Alisson bertindak mencukur jambang yang menjadi 'trademark' penampilannya.

Alisson dari Brazil tampil dengan imej lebih kemas itu ketika bercuti bersama keluarganya di Sardinia.

Penampilan penjaga utama Liverpool yang membantu kelab Inggeris itu memenangi trofi Liga Perdana Inggeris dan Piala Kelab Dunia FIFA musim ini cukup dikenali dengan imej berjambang.

Gambar terbaru bersama keluarganya melihatkan imej kemas penjaga gol tinggi lampai itu ketika bercuti di sebuah pulau peranginan di Itali.

Alisson bersama isterinya, Natalia, 26, yang juga seorang doktor turut berkongsi beberapa keping gambar mereka bercuti menerusi media sosial masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Ogos 2020 @ 3:07 PM